Followers

Sunday, April 17, 2011

buat si dia....

buat dirinya...
seorang insan yang pernah mewarnai hari semalamku..
aku hanya mampu mengucapkan..
terima kasih!

tanggal 9.7.2009,
merupakan tanggal bersatunya dua hati,
tanggal kau megungkap janji-janji manis,
tanpa mengira takdir yang akan terjadi...

selama hampir dua tahun,
kita melayari saat bahagia bersama,
suka dan duka kita hadapi berdua, 
biarpun,
ada masanya pertelingkahan berlaku antara kita...

kerna memikirkan masa depan yang bakal kita tempuhi bersama,
kita terpaksa berjauhan,
namun, kerana kesibukan di antara kita,
kita tidak lagi sehaluan...

awal 2011,
kau semakin berubah,
kau tidak lagi seperti insan yang pernah aku kenal dulu,
ada saja salah yang aku lakukan di matamu...

tanggal 26 februari 2011,
kau menyatakan,
kau ingin mengikut kehendak ibubapamu,
kau ingin menumpukan sepenuhnya kepada pelajaranmu,
aku akur...

ketika itu,
hatiku terseksa dengan layananmu,
biarpun,
kau menyatakan kita berpisah hanya seketika...

aku bingung,
aku tertanya sendiri,
apa salahku?
aku tidak duakan dirimu,
aku setia padamu,
kenapa aku diperlakukan sebegini???

mungkin,
pada ketika itu,
kau sudah temui gadis idamanmu,
mungkin,
gadis itu sentiasa bersamamu,
ketika aku sibuk,
mugkin, 
ketika kau pinta perpisahan ini,
kau sudah mula mengenalinya dengan rapat...

aku tidak tahan diperlakukan seperti ini,
lalu aku beranikan diri ini,
aku meminta penjelasan darimu,
kau menyatakan kau bosan bersamaku,
dan,
kau ingin menumpukan sepenuhnya pada pelajaran mu...

tanggal 4 mac 2011,
berakhirnya kisah cinta kita,
diwaktu itu,
berulah aku sedar,
aku tidak bermakna bagimu lagi...

diwaktu itu,
aku tertanya lagi,
mengapa kau melakukan semua ini?
apa salahku?
perlukah aku melalui kekecewaan sekali lagi?
namun,
tiada jawapan yang aku temui...

tanggal 13 mac 2011,
aku menghubungimu,
kau menyatakan kau sudah mempunyai penggantiku,
mungkin,
bagimu ini berita gembira,
tapi,
bukan bagiku....

apapun jua,
aku dapat merasakan,
kau akan bahagia disamping dirinya...

aku relakan permergianmu,
terima kasih sekali lagi,
kerana sudi memberi kasih sayangmu kepada diri ini,
kerana sudi membahagiakan hidupku...

aku hanya mampu berdoa, 
demi kebahagian dirimu dengan dirinya,...
created by,
>>eya<<
-15 april 2011-

2 comments:

ciknurul said...

waa..touching hoo..hee keep smiling yeah..!!

Yana Kay said...

thnx ema....
im alwaiz smiling...
=)