Followers

Saturday, September 26, 2015

2 years and 2 months =)

Assalamualaikum !

Pergh pergh pergh da lama rasanya aku tak singgah blog ni.. hahaha.. last post aku kat sini about birthday boy 2 years ago.. dalam dua tahun ni banyak betul yang jadi.. pahit manis masam tawar dan sebagainya.. =') well itu semua adalah kenangan yang mungkin aku da lupa.. atau mungkin belum lupa lagi.. al-maklumlah aku rasa aku ni long and short term memory lost ! ish ish..teruk betui hang ni!

This is my first post after 2 years and first post for this year.. bajet macam awal tahun lagi ye kak =_=".. hari ni nak cakap no nak tulis pasal 2 years and 2 months. bukan anak ye yang pasti rakan-rakan. hahaha.. nak start dari mana er? okay okay sekarang ni aku dah kerja.. not as CIVIL ENGINEER macam apa yang aku berangan-angan but kind of, walaupun agak lari dari apa yang aku belajar masa dekat teknik dengan uitm, ala lari sikit je tak banyak mana pun.. tapi tetap lari sebab melibatkan costing and quantity.. QUANTITY SURVEYOR.. >_< hahaha macam nak menangis je aku rasa masa aku mula-mula masuk kerja ni.. totally zero, dah la tak ada satu pun pengalaman kerja and dulu masa belajar subjek berkaitan QS memang aku out.. aku tak suka.. SUSAH! PENING! siap berjanji dekat diri lepas ni tak nak dah buat taking off quantity =') hahaha lawak betul at last jadi QS..

civil-engineer-img1.jpg (480×330)quantity.jpg (460×306)

Kalau korang nak tahu this job was my first interview and my first job selepas habis diploma. Yes aku ni kelulusan diploma je. Korang mesti ada yang tanya kenapa aku tak sambung degree? Betul tak? Betul tak? Kalau tak tanya pun makcik pakcik aku semua dah tanya.. Sebenarnya bukan tak nak sambung degree memang aku nak, tapi masa first intake degree dekat uitm bulan 9 , 2013 aku tak dapat. Mungkin bukan rezeki aku masa tu. Aku ada dapat second intake kemasukan March 2014 kalau tak silap, aku dapat! tapi aku tolak sebab masa tu aku kena handle project. Masa tu 50-50 nak pergi ke nak kerja.. sebab kebetulan masa tu aku kena handle 1 project. tak ada la besar mana pun project tu.. tapi PENGALAMAN itu penting (lepas kena brainwash) and aku still kerja dengan job aku yang first ni. Kerja mana yang tak dak masalah kan? hahaha sebenarnya masa mula-mula kerja tu aku memberontak jugak "tak nak p keja" "ibu, kakak nak berhenti la" "kakak tak suka kerja tu" hahaha macam-macam alasan aku bagi kat parents aku sebab tak nak pergi kerja situ.

sigh_320222.png (512×512)Sebabnya, ada yang cakap kat aku gaji sikit je tapi nak kerja jugak kat company tu. ye la korang paham-paham la gaji untuk budak lepasan diploma tak ada la besar sangat.. bolehlah untuk cukup cukup makan. tu salah satu sebab, tapi ada jugak lepasan diploma gaji diorang da "sedap" eh selesa. kira tak perlu mula dari bawah macam aku ni. 3 ke 4 bulan jugak aku pujuk ibu sebab nak berhenti kerja kat situ.. 3 ke 4 bulan jugak ibu aku cakap "NO!" padahal ibu aku tak ada la garang mana pun tapi dia pakar dalam bagi nasihat. dan 3 ke 4 bulan jugaklah aku dengar benda yang sama keluar dari mulut parents aku tu "dulu ibu ayah gaji tak besar pun, tapi insyaAllah kalau kita berusaha ada la rezeki kita", "jangan fikir kita ada diploma degree master kita da pandai tapi kita kena sedar kita tak dak satu pun pengalaman kerja", "boleh nak berhenti, tapi kena sambung belajar, masa tu boleh berhenti" tapi paling legend ibu aku cakap macam ni kat aku "kakak tahu tak guna machine photostat kalau nak demand gaji lebih-lebih". Macam-macam lagi nasihat dari parents aku dan alasan dari aku ni, kalu nak list entah berapa muka surat aku kena tulis ni.. hahaha..

So nak dijadikan ceritanya aku kerja jugak sebab aku ada mintak kerja dekat tempat lain sebagai QS tapi tak dapat.. macam susah betul nak cari kerja kat penang ni.. hahahah nampak sangat company tu sayang aku and nampak sangat aku kena kerja kat situ macam mana pun! =_="

dc7o5ajGi.png (500×500)Sepanjang kerja kat situ macam-macam benda aku belajar. pasal bidang kerja aku, pasal jumpa orang, pasal mengaku kesalahan kita sendiri, dan lain-lain lah. Pasal bidang kerja tak payah la nak explain. Aku lebih excited pasal jumpa dengan orang ramai sepanjang aku kerja ni. HAHAHAHAHA! (nampka tak gelak jahat) sepanjang aku kerja ni, memang banyak akak-akak yang lebih tua dan lebih pandai dari aku. Ye la diorang ada degree and i'm just a diploma holder. Tapi tak semua kerek ada jugak yang baik walaupun diorang ada degree dan pengalaman. Diorang suka nak ajar and kita kena suka untuk belajar. Yang kerek tu, diorang jadi kerek je lebih sebab diorang fikir diorang ada pengalaman and degree tapi diorang kena kerja dengan aku, no assist aku.. memang diorang tak suka lah! mungkin diorang cakap "eleh budak ni bajet betul pandai.. aku degree aku lagi pandai" hahah seriously aku cakap kat korang bila kena kerja dengan orang yang lebih tua, ada pengalaman, ada degree, sabar aku boleh hilang kot and aku rasa aku bole cepat sangat tua.. tapi u all have to realized that walaupun korang ada banyak kelebihan dari orang yang macam aku ni tapi korang tetap junior sebab korang baru masuk. aku tak mintak pun bentang karpet merah tapi tahu la hormat sesama manusia. itu saja!
Motivational, Quotes, Inspiring, Sayings, Success, Stairs .jpg (384×400)
Dalam tak nak pergi kerja tu, dah 3 tahun dah aku kerja kat situ. Banyak sangat benda aku belajar.. Ramai orang yang aku jumpa. Macam-macam masalah aku lalui.. cewahh.. Walaupun aku ni bukan degree holder, tapi ada la sikit untuk aku kembang kempis pasal diri aku ni.. hahah..Project Manager aku selalu cakap, "tak akan ada kerja yang tak ada masalah, semua kerja ada masalah. kalau tak ada, kita semua takkan pandai sebab kita tak dapat selesaikan masalah tu".

okay that's all !