Followers

Saturday, September 26, 2015

2 years and 2 months =)

Assalamualaikum !

Pergh pergh pergh da lama rasanya aku tak singgah blog ni.. hahaha.. last post aku kat sini about birthday boy 2 years ago.. dalam dua tahun ni banyak betul yang jadi.. pahit manis masam tawar dan sebagainya.. =') well itu semua adalah kenangan yang mungkin aku da lupa.. atau mungkin belum lupa lagi.. al-maklumlah aku rasa aku ni long and short term memory lost ! ish ish..teruk betui hang ni!

This is my first post after 2 years and first post for this year.. bajet macam awal tahun lagi ye kak =_=".. hari ni nak cakap no nak tulis pasal 2 years and 2 months. bukan anak ye yang pasti rakan-rakan. hahaha.. nak start dari mana er? okay okay sekarang ni aku dah kerja.. not as CIVIL ENGINEER macam apa yang aku berangan-angan but kind of, walaupun agak lari dari apa yang aku belajar masa dekat teknik dengan uitm, ala lari sikit je tak banyak mana pun.. tapi tetap lari sebab melibatkan costing and quantity.. QUANTITY SURVEYOR.. >_< hahaha macam nak menangis je aku rasa masa aku mula-mula masuk kerja ni.. totally zero, dah la tak ada satu pun pengalaman kerja and dulu masa belajar subjek berkaitan QS memang aku out.. aku tak suka.. SUSAH! PENING! siap berjanji dekat diri lepas ni tak nak dah buat taking off quantity =') hahaha lawak betul at last jadi QS..

civil-engineer-img1.jpg (480×330)quantity.jpg (460×306)

Kalau korang nak tahu this job was my first interview and my first job selepas habis diploma. Yes aku ni kelulusan diploma je. Korang mesti ada yang tanya kenapa aku tak sambung degree? Betul tak? Betul tak? Kalau tak tanya pun makcik pakcik aku semua dah tanya.. Sebenarnya bukan tak nak sambung degree memang aku nak, tapi masa first intake degree dekat uitm bulan 9 , 2013 aku tak dapat. Mungkin bukan rezeki aku masa tu. Aku ada dapat second intake kemasukan March 2014 kalau tak silap, aku dapat! tapi aku tolak sebab masa tu aku kena handle project. Masa tu 50-50 nak pergi ke nak kerja.. sebab kebetulan masa tu aku kena handle 1 project. tak ada la besar mana pun project tu.. tapi PENGALAMAN itu penting (lepas kena brainwash) and aku still kerja dengan job aku yang first ni. Kerja mana yang tak dak masalah kan? hahaha sebenarnya masa mula-mula kerja tu aku memberontak jugak "tak nak p keja" "ibu, kakak nak berhenti la" "kakak tak suka kerja tu" hahaha macam-macam alasan aku bagi kat parents aku sebab tak nak pergi kerja situ.

sigh_320222.png (512×512)Sebabnya, ada yang cakap kat aku gaji sikit je tapi nak kerja jugak kat company tu. ye la korang paham-paham la gaji untuk budak lepasan diploma tak ada la besar sangat.. bolehlah untuk cukup cukup makan. tu salah satu sebab, tapi ada jugak lepasan diploma gaji diorang da "sedap" eh selesa. kira tak perlu mula dari bawah macam aku ni. 3 ke 4 bulan jugak aku pujuk ibu sebab nak berhenti kerja kat situ.. 3 ke 4 bulan jugak ibu aku cakap "NO!" padahal ibu aku tak ada la garang mana pun tapi dia pakar dalam bagi nasihat. dan 3 ke 4 bulan jugaklah aku dengar benda yang sama keluar dari mulut parents aku tu "dulu ibu ayah gaji tak besar pun, tapi insyaAllah kalau kita berusaha ada la rezeki kita", "jangan fikir kita ada diploma degree master kita da pandai tapi kita kena sedar kita tak dak satu pun pengalaman kerja", "boleh nak berhenti, tapi kena sambung belajar, masa tu boleh berhenti" tapi paling legend ibu aku cakap macam ni kat aku "kakak tahu tak guna machine photostat kalau nak demand gaji lebih-lebih". Macam-macam lagi nasihat dari parents aku dan alasan dari aku ni, kalu nak list entah berapa muka surat aku kena tulis ni.. hahaha..

So nak dijadikan ceritanya aku kerja jugak sebab aku ada mintak kerja dekat tempat lain sebagai QS tapi tak dapat.. macam susah betul nak cari kerja kat penang ni.. hahahah nampak sangat company tu sayang aku and nampak sangat aku kena kerja kat situ macam mana pun! =_="

dc7o5ajGi.png (500×500)Sepanjang kerja kat situ macam-macam benda aku belajar. pasal bidang kerja aku, pasal jumpa orang, pasal mengaku kesalahan kita sendiri, dan lain-lain lah. Pasal bidang kerja tak payah la nak explain. Aku lebih excited pasal jumpa dengan orang ramai sepanjang aku kerja ni. HAHAHAHAHA! (nampka tak gelak jahat) sepanjang aku kerja ni, memang banyak akak-akak yang lebih tua dan lebih pandai dari aku. Ye la diorang ada degree and i'm just a diploma holder. Tapi tak semua kerek ada jugak yang baik walaupun diorang ada degree dan pengalaman. Diorang suka nak ajar and kita kena suka untuk belajar. Yang kerek tu, diorang jadi kerek je lebih sebab diorang fikir diorang ada pengalaman and degree tapi diorang kena kerja dengan aku, no assist aku.. memang diorang tak suka lah! mungkin diorang cakap "eleh budak ni bajet betul pandai.. aku degree aku lagi pandai" hahah seriously aku cakap kat korang bila kena kerja dengan orang yang lebih tua, ada pengalaman, ada degree, sabar aku boleh hilang kot and aku rasa aku bole cepat sangat tua.. tapi u all have to realized that walaupun korang ada banyak kelebihan dari orang yang macam aku ni tapi korang tetap junior sebab korang baru masuk. aku tak mintak pun bentang karpet merah tapi tahu la hormat sesama manusia. itu saja!
Motivational, Quotes, Inspiring, Sayings, Success, Stairs .jpg (384×400)
Dalam tak nak pergi kerja tu, dah 3 tahun dah aku kerja kat situ. Banyak sangat benda aku belajar.. Ramai orang yang aku jumpa. Macam-macam masalah aku lalui.. cewahh.. Walaupun aku ni bukan degree holder, tapi ada la sikit untuk aku kembang kempis pasal diri aku ni.. hahah..Project Manager aku selalu cakap, "tak akan ada kerja yang tak ada masalah, semua kerja ada masalah. kalau tak ada, kita semua takkan pandai sebab kita tak dapat selesaikan masalah tu".

okay that's all !

Thursday, June 6, 2013

June 4th =)

salam.

okay akan memulakan kerja-kerja membuang sawang-sawang yang telah lama berkumpul di blog aq nie.. well hari aq tawu hari date-nye adalah 6 Jun.. tapi aq tetap nak buat title post as June 4th.. no matter what..hahaha.. tegas kan aq? 

pada tanggal 04.06.92 lahirlah seorang bayi lelaki disebuah hospital di Johor.. bayi ini telah diberi nama Mohamad Arif Ahmad..bla bla bla... okay okay okay cerita tu aq reka jer.. sebenarnya aq tak megetahui pown dia lahir kat mana yang aq tahu.. dia anak jati JDT..  hihihi jangan marah ye awak.. 

ni lah birthday boy arif_ahmad ~~

sebenarnya post benda ni 4hb hari tu.. tapi disebabkan ke-busy-an aq.. so hari ni jelah aq post kan =) masuk dalam ni da 5 kali aq wish dia =_=" hahaha so HAPPY BIRTHDAY ARIF AHMAD =) 
haaaa.. terkejut tak 5 kali taw?? o_O hahaha... 

kepada awak, maaf la awak,, "saya tak dapat celebrate birthday awak macam awak celebrate kan saya...  =( huuu... tapi awak.. saya da celebrate sebulan awal pada tarikh sama hari jer tak sama.. hihihi.. okay la tu.. masa tu saya tulis.. happy early birthday ^^ ingat tak?? mesti lah ingat kan sebab awak dapat  Cik BunBun  hari tu.. =) sebenarnya hari tu saya nak belikan kek kecik.. tapi bajet tak cukuplah awak.. so tak jadi =( lagi pown awak da tawu kan pasal tu >,< kantoi!


cik bunbun si koko itu ~~

okay settle cerita 4May'13, hihi... masa 4Jun'13 pulak.. first saya wish awak kat fon > IM > wall post fb hahaha.. (ngada jer lebih aq nie) haha...

and hari ni 6Jun'13.. disebabkan awak pown jauh nun disana.. dan saya tak dapat bagi awak makan kek.. so saya pown buat kek and hantar je kat fb awak.. terliur tak? hahaha... insyaAllah nanti lau awak datang Penang lagi..and kebetulan kalau masa tu saya pun rajin saya buat kan tuk awak ye mr.A =)" 


so wish aq kepada mr.Arif Ahmad melalui blog ini >> http://aleeyana.blogspot.com/ hari nie ialah..... =)

"happy birthday again! wishing you all the best in your life. take a good care of yourself and your family. always be happy. maafkan jika yana ada salah dan silap terkasar bahasa terlanjur kata dalam keadaan sedar ataupun tidak. semoga dimurahkan rezeki, dan dipanjangkan umur dan semoga hubungan kita ini mendapat keredhaan-Nya dan restu dari parents kita ye awak.."

okay korang aq pown da buntu nak type ape malam-malam nie kang kalau typo korang juga yang tak paam.. so izinkanku mengundur diri... cewaahh =D 

meet our,
Cik BunBun and Mr.CitCit ~_~^_^
(tertukar jantina laa)

Sunday, May 19, 2013

=)

salam,,

wel hello guys..! da bersarang da blog aq nie.. hihi... lama da aq tak meng-update kat sini.. last update januari tahun nie.. al-maklumlah banyak betul kerja-kerja yang harus diselesaikan semasa di uitm.. hihi.. yelah FYP haish2.. 3 fyp yang harus di settlekan.. so tidak sempat lah tuan hamba meng-update di sini ya...

banyak cerita yang aq tak tulis kat sini... so malam nie.. antara cerita yang aq nak kongsi kat sini setelah 4bulan menyepi.. adalah jeng jeng jeng... cewah bajet hot kau ye anak encik kay... haha... oke.. fine fine.. 

hmm =( malam nie belum ada idea tuk post something.. maybe lain kali aq post kan ye.. just nak memanaskan blog aq ni balik =P hahahaa

good night and assalamualaikum you guys =)

Saturday, January 26, 2013

trying something new ~_~

Assalamualaikum

hey you guys! well how are you guys today? hope you guys are just fine.. i know it was too late to wish you guys happy new year but do i look like i care? hahahaha *evil laugh.. well everyone happy new year.. and hope this year will be good to us.. amin =)

okay2 bukan nak cerita pasal tahun baru la ye sekarang adik adik kakak kakak abang abang.. sekarang korang nampk x kat bawah nie...


tajuk post aq pagi pagi buta ni trying something new.. apa yang new tu er? kalau korang nak taw aq memang paling takut nak try barang ni.. tapi MR. A minta aq try barang nie... sebelum korang teka benda merepek yang bukan-bukan, baik aq cakap dulu..i'm wearing contact lens !.ah yana kay kau kecoh seyh ! yup xde la kecoh pown sebenarnya... budak bilik aq sah sah da tawu sebab diorang nampak... ibu ayah and adik aq lak.. lepas sehari da pakai baru aq gtaw... oke sebenarnya bukan la kecoh... tapi... hello i'm trying another new things okay !


hahaha... entah la.. bagi aq lens ni bahaya sebabnya banyak sangat dalam paper aq baca "bahayanya lens" "cantik tapi sakit" dan banyak lagi la... so dulu memang aq takot sangat nak pakai.. korang bayangkan lah nak titik kan eyemo dalam mata pown aq terkedip kedip... ni nak pakai contact lens... ishhh memang tak la..

oke nak dijadikan cerita.. satu malam tu masa aq ngan roomate + housemate aq, lisa.zaidy and Sya... aq gedik gedik nak try pashmina cara lisa.. pastu aq de tercakap pada sya cenggini "kite takut la nak pakai pashmina macam lisa.. da la pakai spek.. nampak pelik jer..." balas sya, "takpe takpe yana, yana pakai je.. nanti lama lama mesti yana tak takot da.."..  lisa masa tu cam "lalallala(online)" pastu try la pashmina cara lisa..taaadaaaa... oopsss tapi xde pown gambar tu.. hahaha

lepas wat gedik gedik ngan pashmina,, text MR. A,,"awak teringin nak pakai lens tapi..." "tapi pe awak?" "awak takut la.. =( tapi lau pakai bole pakai pashmina awak (gedik)" "jum la try esok.."

esok tu.. kuar dengan MR.A g study... lepas tu MR.A cakap "jum jum cari kedai spek" "nak wat pe??" aq pown ikut jer kaki MR.A da la kaki panjang dia selangkah aq 10langkah... hahahaha.. lepas tu g satu kedai satu kedai... pastu dia mesej kawan dia tanya camne pakai apa la sume la... and aq waktu tu dalam hati "jangan la beli sekarang!" lepas tu.. cari cari.. then terjumpa...

OME!! oke.. masa kat kedai tu.. MR.A yg tolong cakap aq da call wana bagai... hahahaha.. habislah ~
then g kat satu kedai tu.. akak tu cam garang.. aq pown naik takot.. first mata kanan akak tu letakkan tuk aq.. then mata kiri akak tu suh letak sangat.. tapi cubaan aq tak menjadi.. hahaha... akak tu pown da wat demo banyak kali.. lepas tu akak tu cakap "la ni akak buh kat adik dulu.. satgi balik uma suh member yang pakai lens ajaq macam mana nak bukak and nak pakai taw......"

and now da pakai.. dengan jayanya! alhamdulilah.. so lepas ni takyah takot yer yana kay nak try something new macam drive kereta sekarang... lepas nie tak de la orang nak cakap aq tak berani.. yes yana kay .. you can do it! 




Tuesday, December 25, 2012

takut vs berani

Assalamualaikum,, 

hey guys.. i'm back.. its been three weeks i'm in uitm penang.. melalui pembelajaran seperti biasa... tp...sekarang da midterm... holiday for a week !! ..selamat hari natal bagi yang menyambut =)

nampak tak title post hari nie.. takut vs berani.. oke first of all aq bukan nak cerita takut itu la.. takut ini la.. sama juga macam berani... just aq nak share dengan korang takut dan berani dalam mencuba sesuatu... ha... apa yang aq takut dan berani tu ye? 

kalau korang nak tawu, dulu aq sangat takut nak pakai tudung warna lain selain daripada warna HITAM ! every time kalau nak bersiap kemana-mana, warna hitam warna pilihan aku.. xde warna lain da yang aq akan grab.. pernah masa sekolah teknik, member-member aq ada tanya, "kenapa kau jarang pakai tudung warna lain?" jawapan aq.. "well kulit saye tak berapa nak cerah.. so saye hanya sesuai dengan tudung hitam.." pertanyaan lain, "da tu kenapa kau pkai tdung sekolah yang kaler putih..",, "sebab da wajib pakai putih" .. hahaha ada jer jawapan yang aku balas naaa... so masa sekolah dulu ada jugak cuba pakai tudung kaler lain contohnya, putih nila, and cream =)


takut punya pasal nak cuba pakai tudung kaler lain.. melarat sampai aq masuk UiTM sampai sem4.. sebelum aq berjumpa and jatuh hati dengan MR. A, gatal ! sebelum ada pape dengan dia, kitorang pernah kuar sekali dua.. and every time i met him, i choose BLACK ! tak pasti lak if aq ada terpakai kaler putih nila.. but i am sure, very sure that i'd choose black..sebab da dari sekolah lagi aq asyik pakai kaler hitam, so itu adalah keyakinan aq.. keyakinan =) pernah MR. A tanya kenapa selalu pakai kaler hitam...? keyakinan... yup... aq lebih yakin bila berhadapan dengan orang if pakai kaler itu... =)

kebetulan masa hari jadi aq yang ke-20 dimana esok tu adalah sejarah kitorang, cewah..nak kongsi taw.. hihihi... oke masa hari jadi aq tu, MR. A ada hadiahkan aq something,, tadaaaaa...


selendang nope pashmina... oke i like it..really i like it.. two tones... but it was in red.. R.E.D aka M.E.R.A.H .. oke awak, saya tak pernah pakai kaler merah... even kaler tu x segarang mana tapi ia nya tetap merah... MERAH awak !!!! hmm masa tu cam... kalau aq simpan, kang dia trasa kenapa aq tak pakai.. kalau aq pakai... keyakinan aq hilang... pikir punya pikir punya pikir sampai terguling-guling,, hahaha.. at last, aq berani kan diri aq pakai.. tak silap aq la kan.. our second date, aq pakai pashmina MR. A itu... and guess what, dia pown pakai baju merah.. kira SERASI lah =) hihi.. masa tu.. perasaan aq da bercampur baur... *&^%$# bang!

then MR. A da tak bagi aq pakai tudung kaler hitam da... so macam mana aq teruskan? time jumpa dia je pakai kaler lain hahaha.. masa g kelas, i'm still in black ! hahahaha.... then mula la dia tolong cari kan aq tudung kaler lain... start dari situ... aq berani pakai warna warni... kuning, orange, hijau, purple..

pengajaran nya daripada perbuatan MR. A hihi... and atas keberanian aq nak berubah.. =) thnx awak with <3 hihihi
and this is me =)

           




 and here ada sikit picture aq and MR. A sje gatal nak letak =)





Friday, December 7, 2012

final year =)

Assalamualaikum,

hai nampaknya sebulan sekali jer aq update blog aq nie... well hello disember.. hari ni 7 disember 2012.. membawa maksud, da 5hari aq berada di kampus nie setelah bercuti panjang,,cewahh ayat aq... oke masuk sem baru ni,, genap la 3tahun aq sambung belajar kat uitmpp nie... 3tahun? wow... dulu masa mula-mula masuk.. aq rasa cam lambatnya nak 3tahun tu... tapi bila sekarang da 3tahun which mean da 6sem aq kat sini... macam kejap jer masa berlalu.. wahh 2013 is coming and i'm goona be 21 soon ! ooookay... da tua aq nie.. hahahaha..final sem final year first week ... tak banyak keje and kelas agak berjarak jugekk... haaa sampai aq rasa boring sangat sebab keje aq hari-hari tengok movie... but then i realize that starting next week adn the following week i will be one of the busiest students... hahaha... okay so yana kay takperlu la nak buat ayat gempak sangat first week nie..

okay, sempena sem baru, and tahun baru yang bakal tiba nanti, da ada azam yang aq list kan dalam kepala otak aq nie...and takkan sume azam aq nak bagi taw kat sini kan? macam biasa antara azam-azam aq sejak dari sekolah rendah lagi,, nak belajar bersungguh-sungguh...oopppsss.... hihi itu antara azam aq la kan... insyallah lau xde pape aral, sem ni sem terakhir... and i'm gonna miss moments in uitmpp nanti.. untuk peringkat diploma nie la... and for degree.. i know that i still need to improve my pointer especially this sem.. so MR. A jum belajar sesama yer nanti =) wahhh semangat taw MISS Y awak nie.. hihi gatal.. okay sem ni satu kelas ngan MR. A so aq xboley nak over sangat.. hahaha... xde la lagi pown sem ni kelas lain.. so better be a good girl right... ? okay da nak masuk dua-puluh-satu-tahun and i feel like a little girl... okay be prepared for this sem yana kay ! chaiyok !


kalau ibu aq tgok gambar 2 atas tu mesti ibu akan cakap "ibu tak suka akak tangkap gambar macam tu" haaaa see kakak da tawuda ayat ibu ^^ wink wink hahaha... oke ibu takpe la itu gamba kakak time nak gedik-gedik and ngada-ngada masa akak umo 20an... okay! haha last picture tu aq tawu huduh sikit... tapi takpe la... =)

Saturday, November 10, 2012

ohhh result ~_+


Assalamualaikum 

kring kring... i'm back again.. *perasan fofular *oppsss hahaha... okay, da lama aq tak meng-update blog aq nie, da bersarang and berhabuk plus plus aq nengok.. last update about aidilfitri bulan ogos.. wah 3bulan aq xupdate o_O ... sekarang ni calon spm tengah struggle ngan spm... wishing all the best guys! teringat balik zaman nak spm dulu.... 


okay aq bukan nak cerita pasal spm pmr sume ya...hmmm jumaat lepas, pelajar diploma uitm (aq rasa la sebab pelajar u lain xde pown sebok2) berdebar menantikan result diorang... tapi aq... jangan cakap la... aq masih bole tido dengan nyenyak nya malam tu... bukan aq tak resah gelisah.. tapi aq still pegang pada kata ibu "kakak da buat sehabis baik. apa yang kakak dapat itu adalah usaha akak. result tak boleh nak ubah dah. tapi masa depan akak boleh rancang" itu kata ibu aq 8tahun lalu.. masa aq cuak giler nak amik result upsr..*upsr jew pown.. but then lepas pegang kata-kata ibu sampai sekarang bila amik result, malam tu aq akan still huu haa... bukan nak cakap besar, kawan-kawan, adik-adik.. tapi ada betul nya kan? and adakala kena marah ngan ibu malam nak amik result "akak ni tak risau ke?" =_="

sentiasa mendapat restu dari parents setiap kali nak exam.. tapi bukan masa exam jer kol "mama, adik nak test nie" "abah, adik ada test japg" ==" tu da macam !@#$%^& hahaha... oopss bukan macam tu yer... kol parents bila ada masa free.. tapi kol jugek parents masa nak exam mintak restu.. insyaallah mereka akan mendoakan kejayaan kita.. 

haaa! tapi jangan lupa.. solat hajat dan solat 5waktu.. ala... aq pown ada gak tertinggal solat nie.. tapi ayah selalu pesan "kalau akak bangun pagi tu, buat la solat hajat.. insyallah" okay aq sebenarnya bukan nak cakap pandai.. and aq pown tak semuanya dean list... cuma bila fikir balik.. ada betul nya.. cuma aq yang tak sedar diri untuk buat apa yang parents aq suruh *baru sedar kau yana kay.. Allah akan sentiasa bantu hambanya dalam kesusahan.. tapi korang pown jangan la masa susah cari senang jadi kacang lupakan kulit.. jangan ye.. 



bila kita da dapat result nie.. ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya dan tak lupa ada yang cukup lulus aje.. semua result yang kita dapat tu, alhamdulilah syukur kerana memberikan result walaupun adakalanya kita rasa itu masih belum memuaskan.. bagi yang berjaya tahniah dan teruskan usaha anda yaw! *kata semangat nie ... bagi yang kurang berjaya pulak, jangan la cepat melatah dengan dugaan hidup.. anggap ini dugaan dan ujian daripada Allah swt.. mungkin dia nak kita usaha lagi sikit, atau Dia tahu kita kuat dan Dia nak kita tabah.. jangan malu dan pesan pada diri kita "yang kita boleh bejaya jugak" mungkin bukan hari ni, hari esok kita msih tak tau apa yang dirancang-Nya.. ye memang aq hanya pandai berkata tapi tak pernah alami..tapi aq pernah tengok kawan-kawan yang pernah ada dalam keadaan macam nie..walaupun situasi tak sama tapi aq nampak usaha diorang...  dan kepada yang cukup lulus ajer.. polish lagi otak korang... polish? wah...ayat aq... okay... usaha lagi sebab kau bole.. 

masa aq pernah jadi malas dulu kan, ibu aq siap photostat lagi kata-kata hikmah nie "dalam dunia ni takde orang bodoh atau orang pandai, tapi yang ada, orang malas dan orang rajin" still boleh pegang kan kata-kata ibu aq tu... kan? kan? motivasi pada diri *yana kay, kau jangan malas-malas ye lepas nie kalau kau pun nak berjaya

sini lak, aq nak kongsi kan lecturer aq pesan pada aq, eh kitorang 1 kelas la hehehe "even tak suka satu satu subject tu, korang kena pergi kelas dia, insyallah korang akan ingat balik apa yang lecturer korang ajar dalam kelas dan korang akan dapat restu dari dia" haaa... tu nampak tak penting... even kat kampus ada had-hadnya untuk kitorang tak pergi kelas... ada betul nya jugak lecturer aq tu.. sebab pernah jadi kat aq.. ada satu subject ni, aq ponteng kelas dia... bukan pergi merayau ye.. tapi aq terbangun lambat. *anak dara sorang nie, ish ish aq bangun lambat, and lecturer tu tak suka orang datang lambat kelas dia.. lecturer tu agak garang la pada aq.. so bila tak pergi dia masuk benda baru dalam subject itu.. and aq tak hadir... petang tu, kawan-kawan aq tolong aq... diorang ajarkan... tapi lambat sangat nak masuk, sebab aq tak dapat bayangkan benda tu macam mana suma.... lepas nie xde la ye akan ponteng kelas yana kay..

aq rasa tak tertinggal da kot apa yang aq nak pot pet kat blog nie... rasa suma aq da tulis... dan syukur alhamdulilah, result da dapat.. sem depan adalah sem terakhir aq sebagai pelajar diploma kejuruteraan awam, insyAllah.. dan perancangan selepas diploma serta azam aq untuk tahun baru.. chaiyokk kawan-kawan and for my MR. A *nak jugak awak popular yer..hihihi okay mr. arif, i will always be beside you, insyAllah =)